| Tarikh | 13 September 2025 |
| Masa | 2.30 Petang – 4.30 Petang |
| Tempat | NADI Kampung Sadek |
| Peserta | 1 Orang |
Tujuan: Menyediakan platform pembelajaran tambahan secara interaktif kepada pelajar dalam subjek Matematik, bagi meningkatkan penguasaan dan kefahaman mereka secara percuma dan fleksibel.
Aktiviti:
- Peserta berjaya menghadiri sesi pembelajaran secara dalam talian melalui platform Google Meet. Sepanjang sesi, mereka memberikan tumpuan sepenuhnya dan terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru.
- Guru menyampaikan pengajaran dengan pendekatan interaktif yang merangkumi penerangan topik, sesi soal jawab dan aktiviti latihan. Kaedah ini membantu meningkatkan kefahaman pelajar secara berkesan dalam masa yang singkat.
- Peserta menerima maklum balas secara langsung daripada guru berkaitan prestasi dan pemahaman mereka. Keseluruhan sesi berlangsung dengan lancar, teratur dan menepati masa yang telah dijadualkan