| Tarikh | : 05 Disember 2019 |
| Masa | : 10.30 Pagi – 12.30 Tghari |
| Lokasi | : Pusat Internet Kg Sadek |
| Peserta | : 3 orang |
Tujuan :
Pengenalan kepada Komputer dan asas microsoft office word bersama pelajar kolej. Kelas telah diadakan selama 2 jam. Para Peserta merupakan pelajar kolej yang sedang bercuti semester yang ingin mempelajari menggunakan komputer dan internet untuk menjadi lebih mahir dan cekap bagi membuat dan menyelesaikan tugasan kerja apabila masuk semula ke kolej.
Aktiviti :
Semua peserta telah diberi modul tugasan masing-masing menghasilkan kerja kursus dimana diwajibkan semua hasil kerja perlu menggunakan Microsoft Word samada untuk membuat pengiraan serta mengarang. Peserta telah diberi tunjuk ajar dahulu menggunakan fungsi-fungsi di dalam Microsoft Word sekiranya tidak mahir sesuatu item yang perlu mereka sediakan seperti jenis font, saiz font, penggunaan simbol, menyimpan fail, membuat column, tetapan tulisan dan sebagainya. Peserta dibantu oleh tenaga pengajar sehingga tugasan mereka selesai.