| Tarikh | 6 November 2025 |
| Masa | 10.00 Pagi – 3.00 Petang |
| Tempat | NADI Kampung Sadek |
| Peserta | 1 Orang |
Tujuan: Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta, khususnya usahawan kecil dan sederhana, dalam menggunakan platform digital bagi memperluaskan pasaran produk serta perkhidmatan mereka. Melalui webinar ini, peserta didedahkan kepada strategi pemasaran digital yang berkesan seperti penggunaan media sosial, pemasaran kandungan, dan teknik pengiklanan dalam talian, bagi membantu mereka meningkatkan kehadiran jenama serta jualan secara dalam talian.
Aktiviti:
- Webinar dijalankan secara dalam talian melalui platform Zoom Meeting..
- Sesi perkongsian ilmu oleh penceramah jemputan berkaitan strategi pemasaran digital.
- Penerangan mengenai penggunaan media sosial, AI, dan teknik pengiklanan dalam talian
- Sesi interaktif bersama peserta melalui soal jawab dan perbincangan dua hala.
- Peserta diberikan contoh praktikal serta panduan untuk mengaplikasikan ilmu dalam perniagaan sebenar.
- Sesi maklum balas bagi menilai keberkesanan program.