| Tarikh | 18 Oktober 2025 |
| Masa | 10.00 Pagi – 12.30 Tengah hari |
| Tempat | NADI Kampung Sadek |
| Peserta | Pelajar sekolah |
Tujuan: Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tentang dunia teknologi moden melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek (project-based learning). Program ini menggalakkan pelajar memahami asas Internet of Things (IoT) dan robotik, seterusnya mengembangkan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, kreativiti, inovasi dan kerja berpasukan. Ia juga berhasrat menanam minat terhadap bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) serta melahirkan generasi muda yang celik teknologi, berfikiran inovatif dan bersedia menghadapi cabaran dunia digital.
Aktiviti:
- Meyertai googlemeet.
- Pengenalan kepada Robotik dan Robot Sumo (perkongsian slaid & video pendek).
- Simulasi Robot Sumo secara maya.