mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2025: PROGRAM JOTA JOTI JAMBOREE ON THE AIR -ON THE INTERNET

Tarikh18 Oktober 2025
Masa8.00 Pagi – 4.00 Petang
TempatSMK Jerai
PesertaPelajar sekolah

Tujuan:  JOTA-JOTI (Jamboree On The Air – Jamboree On The Internet) ialah untuk menggalakkan perpaduan dan persahabatan antara ahli Pengakap dari pelbagai sekolah di negeri Kedah. Program ini bertujuan memberi peluang kepada peserta untuk berhubung, berkongsi pengalaman, dan mempelajari budaya serta pengetahuan baharu secara maya. Selain itu, JOTA-JOTI juga berperanan memupuk semangat kerjasama, meningkatkan kemahiran komunikasi, dan menggalakkan penggunaan teknologi secara positif serta selamat dalam kalangan ahli Pengakap.

Aktiviti:

  • Komunikasi Radio (JOTA)
  • Komunikasi Internet (JOTI)
  • Keselamatan Siber
  • Budaya Dunia Pengakap
  • Kreativiti dan Teknologi
  • Perkhidmatan Masyarakat
  • Cabaran Pengakap (Scout Challenge)
  • Penutup Program dan Penyampaian Sijil

Gambar Di Sini